Thursday, 18 April 2019

4. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berperlembagaan di mana ketua negara adalah Yang di Pertuan Agong tetapi baginda mendapat nasihat daripada seorang Perdana Menteri.
Foto Kredit
http://mysistemdemokrasiberparlimen.blogspot.com/2016/02/demokrasi-berparlimen-pengajian-malaysia.html
3. Pemerintahan Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu di ketuai oleh seorang Sultan di bawah pentadbiran seorang Menteri Besar. Manakala Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Serawak pula diketuai oleh Yang di Pertua Negeri (dahulunya dikenali sebagai Gabenor). Negeri Sembilan adalah satu-satunya negeri yang mempunyai ketua negeri dari golongan di raja tetapi tidak di gelar Sultan sebaliknya di gelar Yang di Pertuan Besar. Negeri Sembilan juga mempunyai seorang Menteri Besar. Wilayah Persekutuan pula diketuai oleh seorang Menteri Wilayah Persekutuan;
2. Ibunegeri Perlis terletak di Kangar, Kedah di Alor Setar, Pulau Pinang di Georgetown, Perak di Ipoh, Selangor di Shah Alam, Negeri Sembilan di Seremban, Melaka di Bandar Melaka, Johor di Johor Bahru, Pahang di Kuantan, Terengganu di Kuala Terengganu, Kelantan di Kota Bharu, Serawak di Kuching, Sabah di Kota Kinabalu. Manakala Kerajaan Persekutuan pula terletak di Kuala Lumpur di mana Kuala Lumpur juga merupakan ibunegara Malaysia;
1. Malaysia mempunyai 13 buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Serawak, Sabah dan Kerajaan Persekutuan (WP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan);

Friday, 5 October 2018

53. Hospital Yong Wah atau Hospital Papa Cina merupakan hospital yang pertama ditubuhkan di Negeri-Negeri Melayu. Ia ditubuhkan pada tahun 1880 untuk merawat kuli Cina dan pelombong tin yang sering sakit dan mengalami pelbagai penyakit seperti cirit-birit, taun, malaria, beriberi, disentri, dan penyakit paru-paru. Penubuhannya telah dibangunkan selari dengan pertumbuhan ekonomi yang ketara di bandar tersebut.
Hospital ini mendapat sokongan kewangan daripada pedagang China manakala Kerajaan Negeri membantu dari segi peralatan perubatan, ubat-ubatan dan kakitangan kejururawatan. Dengan pertimbangan kepada kebajikan rakyat miskin, hospital hanya mengenakan bayaran minimum 50 sen setahun daripada kuli miskin. Dasar hospital itu berlangsung dengan licin untuk tempoh enam bulan pertama sejak penubuhannya, tetapi kemudiannya berlaku kesukaran dalam mengumpul yuran. Puncanya adalah kebanyakan kuli gagal menyelesaikan yuran perubatan mereka kerana berpendapatan rendah.
Dengan itu, pada akhir tahun 1880, Kerajaan Negeri mengambil alih tanggungjawab penuh ke atas Hospital Yong Wah, dan memindahkannya ke lokasi sekarang di Jalan Utama, dan dinamakan dengan Hospital Besar Taiping. Kos penyelenggaraan hospital begitu tinggi, maka Sir Hugh Low, Residen British Perak mengenakan bayaran kiraan sebanyak satu dolar, keatas setiap orang yang tinggal di Taiping termasuk dalam daerah akan dikenakan pada setiap tahun, dan kupon kesihatan akan diberikan bagi mereka yang membayar yuran. Bayaran telah digunakan sebagai sumbangan bagi perbelanjaan untuk mengekalkan hospital, tanpa keuntungan yang diperolehi dari koleksi. Semua makanan, ubat-ubatan dan kehadiran diberi tanpa sebarang caj, tetapi masyarakat Cina membantah keras cukai ini, kerana ia tidak pernah dikenakan di negeri-negeri Melayu yang lain, dan sistem ini kemudiannya dimansuhkan pada tahun 1884. (Baca artikel penuh di https://ms.wikipedia.org/wiki/Hospital_Taiping)

Thursday, 4 August 2016

52. Istilah "mat rempit" merujuk kepada golongan penunggang motorsikal berkuasa rendah (sekitar 150cc ke bawah) yang gemar melakukan aktiviti lumba haram terutamanya pada hujung minggu.

Wednesday, 27 July 2016

51. Plaza Tol pertama di Malaysia terletak di jalan besar antara Slim River ke Tanjung Malim dibuka pada 1964. Jalan dua hala sepanjang 20 km ini dinamakan 'Lebuh raya Tanjung Malim-Slim River'. Jalan besar ini dikenakan tol, sebelum Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Plus mula dibina pada 1988 dan siap pada 1994. Sistem jalan raya bertol ini yang pertama di Asia(Baca artikel penuh di sini https://ms.wikipedia.org/wiki/Tanjung_Malim);