Thursday 18 April 2019

10. Tiga (3) kaum terbesar di Malaysia adalah Melayu, Cina dan India. Kedatangan kaum Cina adalah untuk berkerja sebagai buruh di lombong-lombong timah dan kedatangan kaum India adalah sebagai buruh di ladang-ladang getah di Semenanjung Malaysia. Dikhabarkan kaum Cina telah berhijrah ke Tanah Melayu sejak zaman Kesultanan Melaka lagi manakala kaum India bermula di kurun ke 19.
9. Islam adalah agama rasmi MalaysiaSebelum kebangkitan Melaka, Islam terbatas di pelabuhan-pelabuhan di Sumatera. Bukti kehadiran Islam di kawasan pelabuhan-pelabuhan ini termasuk catatan pada 1292 oleh Marco Polo mengenai negeri-negeri Pasai dan Perlak yang mempunyai pemerintah-pemerintah Islam, dan batu nisan seorang raja Pasai yang meninggal dunia pada tahun 1297 yang mempunyai nama Islam Malek-al-Salleh. Penduduk di sekitar pelabuhan-pelabuhan ini adalah antara yang paling awal dalam Asia Tenggara memeluk Islam. Punca pemelukan Islam awal ini termasuk jarak kawasan ini yang jauh daripada pengaruh kerajaan Hindu Majapahit, dan hubungan dagang yang lama antara kawasan ini ada dengan pedagang-pedagang India yang telah memeluk Islam.
8. Malaysia mula dijajah pada tahun 1511 dengan jatuhnya kerajaan Melayu Melaka kepada Portugis. Ibu kota kerajaan Melaka diserang tentera Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque. Serangan dimulai pada 10 Ogos 1511 dan berjaya ditawan pada 24 Ogos 1511. Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Bentan dan mendirikan ibukota baru di sana. Pada tahun 1526 Portugis telah menghancurkan Bentan, dan Sultan kemudian melarikan diri ke Kampar, Sumatera, tempat dia meninggal dunia dua tahun kemudian. Puteranya Sultan Mudzaffar Shah I, Perak kemudian menjadi Sultan Perak yang pertama, sedangkan puteranya yang lain Sultan Alauddin Riayat Shah II mendirikan kerajaan baru iaitu Johor;
7. Negara-negara yang pernah menjajah Malaysia adalah Portugis, Belanda, British dan Jepun;



6. Malaysia secara rasminya mencapai kemerdekaan daripada kerajaan British pada 31hb Ogos, 1957;
5. Perdana Menteri Malaysia yang pertama adalah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Februari 8, 1903 - Disember 6, 1990);
4. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berperlembagaan di mana ketua negara adalah Yang di Pertuan Agong tetapi baginda mendapat nasihat daripada seorang Perdana Menteri.
Foto Kredit
http://mysistemdemokrasiberparlimen.blogspot.com/2016/02/demokrasi-berparlimen-pengajian-malaysia.html